• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tergamak Pukul, Tanam Si Comel Hidup-Hidup…

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Tindakan tidak berhati perut seorang pengawal keselamatan yang tergamak memukul dan menanam seekor kucing hidup-hidup telah mencetuskan kemarahan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Video yang dimuat naik Yihansol pada 24 April lalu itu menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan pada mulanya menunjukkan kawasaan galian lubang yang dipercayai berlaku di kawasan tempat kerjanya di wilayah Dongdaemun, Korea Selatan.

Kemudian lelaki berusia 30-an itu terus menanam kucing berwarna kuning belang yang patah di bahagian kaki kanannya, dipercayai dicederakan oleh lelaki itu.

Selesai menggali, lelaki itu kemudian mengangkat kucing tersebut dan meletakkannya dalam lubang sebelum menghentak kepalanya dengan penyodok menyebabkan haiwan itu pengsan.

Di kesempatan itu, dia terus menimbus lubang tersebut dan dipijak-pijak dengan kakinya agar tanah di sekitar lubang itu mampat.

Sementara itu dalam video kedua pula, kelihatan beberapa individu datang semula ke lokasi kejadian pada waktu malam untuk menggali semula ‘kubur’ haiwan malang itu.

Ekoran video viral itu, polis Dongdaemun menerima banyak aduan mengenai kejadian tersebut dan meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Menurut sumber, lelaki terbabit bakal didakwa di bawah Akta Perlindungan Haiwan kerana bertindak menanam haiwan berkenaan tanpa mengira ia masih bernyawa.

Selain itu, pemuat naik video itu juga telah melancarkan petisyen bagi menuntut pelaku kejam berkenaan dikenakan tindakan lebih tegas di atas perbuatannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: haiwan peliharaankejamkucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd