• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bagi Saya Minyak Penuh Baru Saya Beredar!

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang wanita yang berkeras meminta minyak petrol secara percuma di sebuah stesen pam telah mengundang kecaman ramai netizen menerusi media sosial.

Lebih memeranjatkan pelbagai pihak, wanita terbabit malah nekad tidak mengalihkan kenderaanya sekiranya permintaan peliknya itu tidak dilayan.

Insiden aneh yang dipercayai berlaku di sekitar Batu Caves, Selangor dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Chang Lee Ying.

“Hari ini kami didatangi seorang pelanggan wanita yang mahu meminta petrol percuma. Dia kata dia tidak mempunyai wang untuk mengisi petrol.

“Lalu meletakkan keretanya di stesen dan halang pelanggan lain menggunakan salah sebuah pam. Dia juga mahu kami isikan petrol penuh pada keretanya.

“Jika tidak dia tidak akan mengalihkan kereta Proton Wiranya itu. Bukankah ini tindakan lebih kurang seperti menyamun?” soal Lee Ying.

Berdasarkan dua video yang dimuat naik, wanita berkenaan duduk di dalam kiosk stesen minyak berkenaan untuk menunggu permintaanya ditunaikan.

“Boleh awak sahkan yang kereta Proton Wira itu kepunyaan awak?” soal Lee Ying.

“Ya, itu kereta saya yang didaftarkan di bawah nama saya,” jawabnya.

“Jadi awak nak diberikan minyak penuh secara percuma dan jika tidak, awak tidak mahu berganjak, begitu?” soal lelaki itu lagi.

Video: Bagi Saya Minyak Penuh Baru Saya Beredar!

Wanita itu menjawab ‘ya’ dan meminta Lee Ying menyebarkan video itu menerusi media sosial agar satu dunia dapat melihat tindakannya itu.

Tambah wanita tersebut, dia merasakan tindakannya itu adalah tidak salah dan meminta lelaki berkenaan menyebarkan video itu di media sosial.

Difahamkan, wanita itu telah melanggar sebuah kereta yang lain pada malam sebelum insiden itu, menyebabkan keretanya kemek di bahagian depan dan juga belakang.

Video: Bagi Saya Minyak Penuh Baru Saya Beredar!

Sementara itu, ada juga netizen yang menasihatkan agar Lee Ying terus membuat laporan polis untuk mengusir sahaja wanita berkenaan.

Namun, ada juga yang mencadangkan pihak stesen isikan petrol RM10 ke dalam keretanya agar wanita itu beredar segera. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cinastesen minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd