• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan Kekal Akhbar Digital Melayu Terlaris Dunia

oleh
27/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA pembangkang melancarkan propaganda hasut rakyat negara ini boikot Utusan Malaysia selain trend kini kebetulan kurang kepada akhbar bercetak, akhbar maya mulai semakin popular.

Terbaharu, firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) mengesahkan Utusan Malaysia muncul akhbar elektronik atau e-paper berbahasa Melayu terlaris di dunia dengan jumlah peningkatan amat luar biasa pada 2016.

Data yang dikeluarkan itu serentak dengan laporan edaran bersih akhbar fizikal tempatan, menunjukkan Utusan Malaysia versi digital mencatatkan sebanyak 71,755 langganan untuk tempoh Jun sehingga Disember tahun lalu.

Mula diterbitkan pada 30 November 2012, angka kali ini mencipta rekod jauh mengatasi hanya 7,017 langganan dari tempoh Januari hingga Jun tahun lepas iaitu peningkatan hampir 10 kali ganda bagi separuh masa kedua 2016.

Baca: Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016

Bermula dengan cuma 995 langganan pada separuh masa pertama 2013, e-paper Utusan Malaysia memintas pada separuh kedua 2014 mengatasi kedudukan saingan terdekatnya, Berita Harian yang diterbitkan awal sejak 2012.

Utusan Malaysia versi digital turut digemari ramai pembaca di seluruh dunia kerana boleh dibuka seawal jam 5 pagi waktu Malaysia dan ia mengandungi kesemua edisi wilayah dengan kos harga langganan pula cukup berpatutan.

ABC dalam laporan itu turut melaporkan The Daily Star sebagai akhbar digital paling laris di Malaysia dengan 113,241 langganan, manakala Sin Chew Daily pula muncul harian berbahasa Cina popular iaitu 73,613 langganan.

Trend populariti akhbar maya ini membuktikan peralihan signifikan minat pembaca tempatan mula lebih gemar mengikuti akhbar arus perdana dalam versi digital yang lebih luas akses capaian liputannya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Audit Bureau of CirculationsUtusan Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 27 Mei

Next Post

Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

Next Post

Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd