• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTeM Sokong Selaras Penggunaan Nama Melaka

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyokong inisiatif kerajaan negeri menyelaras penggunaan nama ‘Melaka’ dalam sebarang bentuk penulisan atau sebutan.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata penyelarasan berkenaan penting bagi mengelak kekeliruan atau kesalahan tatabahasa dalam memperkenalkan negeri Melaka ke peringkat antarabangsa.

“Langkah ini dilihat sebagai usaha penting bagi mengembalikan kegemilangan nama Melaka yang dikenali sejak ratusan tahun dan kemegahan kesultanan serta empayar jajahan tadbir negeri bersejarah ini,” katanya kepada Bernama dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bernama pada Rabu melaporkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka memutuskan bahawa nama ‘Malacca’ yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris tidak lagi diguna pakai sebaliknya digantikan dengan nama ‘Melaka’.

Ia bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama tersebut sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat merangkap Anggota Majlis Profesor UTeM Prof Dr Goh Ong Sing berkata hanya nama ‘Melaka’ sahaja yang digunakan secara rasmi sama ada daripada penduduk tempatan hinggalah pedagang yang datang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1400.

“Penggunaan nama ‘Melaka’ juga digunakan secara rasmi ketika penjajahan Portugis pada 1511 sehingga ke zaman penjajahan British pada 1867.”

“Jadi usaha penyelarasan penggunaan dan penyebutan ‘Melaka’ secara rasmi merupakan tindakan terpuji dalam memelihara nama negeri ini agar ia tidak dirosakkan dengan ejaan dan sebutan yang bukan sepatutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: MelakaUTeM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd