• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, BN Sabah Masih Kukuh – Salleh Keruak

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah berada dalam kedudukan lebih bersatu seperti sekarang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata menyedari bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi sasaran komplot, UMNO BN Sabah telah mengukuhkan perpaduan dan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Musa Aman.

“Pihak pembangkang hanya angan-angan jika mereka fikir berlaku perebutan kuasa di Sabah, yang akan mengakibatkan pertukaran kerajaan negeri.

“Sabah telah membuktikan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan parti dan akan terus berbuat demikian,”kata Salleh menerusi catatan dalam blog terbaharu beliau, malam ini.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata dakwaan mengenai perpecahan dalam UMNO atau BN Sabah telah berlarutan selama lebih sepuluh tahun dan terus timbul dari semasa ke semasa.

Beliau berkata sebenarnya dakwaan bahawa Sabah sepatutnya menjadi tulang belakang “16 September” apabila 10 daripada 30 anggota parlimen sepatutnhya menyeberang ke parti pembangkang dikatakan dari Sabah, hanya dakwaan semata-mata.

“Akhirnya, tiada apa yang berlaku pada setiap masa. Tetapi itu tidak menghalang pihak pembangkang daripada membangkitkan semula dan mengkitar semula cerita itu. Dan mereka melakukannya setiap kali mereka menghadapi masalah dan perlu untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada kedudukan pembangkang yang berada dalam keadaan kucar-kacir,” kata Salleh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd