• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Bina Perkampungan Khas Anak Yatim Syria

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Sebuah perkampungan baharu bakal menempatkan kira-kira 1,000 anak-anak yatim Syria akan dibuka oleh pasukan bantuan kemanusiaan Turki di selatan negara itu pada 19 Mei.

Agensi berita Turki Anadolu (AA) melaporkan, ia akan menempatkan sebuah Pusat Kanak-Kanak dan berupaya menampung 990 orang, dibina di kawasan seluas 100 ekar di daerah Reyhanli wilayah Hatay bersempadan Syria.

Pembinaannya hasil kerjasama Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH), Yayasan Sheikh Thani Ibn Abdullah Perkhidmatan Kemanusiaan Qatar (RAF) dan Kementerian Dasar Keluarga dan Masyarakat Turki.

Ketua Jabatan Anak Yatim IHH, Murat Yilmaz berkata kepada AA, projek bertujuan menyokong semua keperluan kanak-kanak antaranya kesihatan, pemulihan, makanan, pakaian dan sokongan psikologi dengan suasana persekitaran seperti dalam sebuah rumah.

Yilmaz berkata untuk permulaan seramai 250 kanak-kanak akan tinggal di pusat itu dan dijangka mencapai sasaran ditetapkan dalam tempoh setahun.

Selain bekerjasama dengan Qatar, beliau berkata Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Poland dan Britain turut menyumbang kepada projek yang menelan kos 80 juta lira (AS$ 22.2 juta).

Katanya, kos operasi bulanan pusat itu pula membabitkan kira-kira 1.5 juta lira (AS$416,838) yang akan dibiayai menerusi sumbangan para dermawan, NGO dan kerajaan Turki.

Tambahnya, Kementerian Pelajaran Turki akan bertanggungjawab mengupah tenaga pengajar dan menampung perbelanjaan pendidikan.

Setiap villa di pusat itu menampung 18 kanak-kanak mengikut kumpulan umur dan jantina, setiap perumahan dilengkapi bilik tidur, bilik mandi, dapur, ruang makan, bilik belajar, bilik bacaan dan bilik permainan.

Enam pegawai yang diiktiraf akan ditugaskan untuk menjaga setiap vila dan jumlah keseluruhan petugas ialah seramai 330 kakitangan untuk 55 buah rumah.

Perkampungan itu juga ada kemudahan masjid, tiga buah sekolah rendah dan menengah, pusat pemulihan, klinik perubatan, pusat mesyuarat, dewan sukan dalaman dan luaran, pusat fasiliti sosial dan rumah kakitangan serta tetamu.

Kanak-kanak berpeluang bermain di taman terbuka dan bagi memastikan keselamatan mereka , Yilmaz berkata pengawal keselamatan akan ditugaskan selama 24 jam dan kawasan sekitar turut dipasang kamera.

Turki telah membelanjakan kira-kira AS$25 bilion bagi tujuan membantu dan menyediakan perlidungan untuk pelarian sejak perang saudara meletus di Syria. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd