Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

ANAK Cadangkan Kepada CEP...

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencadangkan kepada Majlis Penasihat...

Isu Gelekan Maut: Kazar...

SELAKU bapa, nama pelakon dan penyanyi Kazar Sairi sedikit sebanyak turut terpalit sama selepas...

Real Madrid Juarai Piala...

SKOPJE - Jaringan Isco menjadi pemisah ketika Real Madrid terselamat daripada kebangkitan Manchester...

Tunku Abdul Jalil Tinggalkan...

ISKANDAR PUTERI - Pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada Disember lalu...

Tunai Umrah Bersama, Adi Rujuk Bekas Isteri Pertama?

BEBERAPA bulan lalu, pelakon Adi Putra pernah membuat kenyataan mengejutkan dengan umum bahawa dia telah pun menceraikan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida.

Sejak pendedahan itu, Adi memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan mana-mana kenyataan baharu di media massa mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya.

Bagaimanapun, baru-baru heboh apabila Adi dikatakan pergi menunaikan umrah bersama bekas isteri pertamanya, Aida dan anak angkat mereka, Adelia.

Perkara itu diketahui  apabila Aida memuat naik beberapa keping gambar keberangkatannya ke tanah suci bersama Adi, semalam.

Let’s go princess @adpadiputra #familyumrah02052017

A post shared by Aida Yusof (@aidayusof15) on

😉 #familyumrah02052017

A post shared by Aida Yusof (@aidayusof15) on

Menerusi posting itu, Aida turut mengunakan #familyumrah seolah-olah memberi tanda pasangan ini sudah pun berbaik semula.

Perkongsian itu ternyata mendapat perhatian hingga menimbulkan teka-teki para peminat yang membuat andaian pasangan ini kembali merujuk kembali.


Tambahan pula, sebelum ini Adi gagal menghadirkan diri ke mahkamah setiap kali sebutan kes penceraian mereka dijalankan.

Menerusi laman Instagram Adi, aktor kacak itu juga ada memuat naik video kompilasi gambarnya bersama Aida beberapa minggu lalu.

Ia bagaikan menyatakan perasaannya yang masih lagi mempunyai rasa sayang terhadap wanita yang pernah bersamanya dahulu.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori