• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Dijangka Bincang Isu Fahaman Pelampau

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Langkah memerangi militan Daesh dan fahaman pelampau di Afghanistan serta Pakistan dijangka menjadi antara agenda utama perbincangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sempena lawatannya ke Arab Saudi pada minggu ini, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Tumpuan perbincangan menjurus kepada masalah faham pelampau di Afghanistan dan Pakistan memandangkan masalah itu kini menjadi antara topik utama perbahasan di dunia Islam, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Trump yang enggan dikenali.

Sebahagian pemimpin Islam daripada 50 buah negara termasuk Afghanistan dan Pakistan dijadual menghadiri mesyuarat yang di Arab Saudi pada hujung minggu.

“Saya percaya kedua-dua pemimpin Afghanistan dan Pakistan akan menghadiri sidang kemuncak yang akan diadakan itu,” kata pegawai berkenaan.

Namun, Riyadh belum memberikan sebarang pengesahan untuk mengadakan rundingan dua hala berasingan antara Trump dengan satu daripada dua pemimpin iaitu Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.

Isu faham pelampau turut bakal menjadi topik perbincangan pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels, Belgium yang akan dihadiri Presiden AS.

Pentadbiran Trump kini di peringkat fasa akhir menggubal dasar mengenai Afghanistan-Pakistan, antara lain merangkumi keputusan mengenai jumlah tentera yang akan dihantar ke Afghanistan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd