• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Treler Terbabas: Kelindan Maut, Pemandu Parah

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan maut manakala pemandunya cedera parah selepas treler mereka terbabas dan terbalik di Km 17, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pagi tadi.

Treler membawa muatan papan itu dalam perjalanan dari Bentong ke Batang Kali apabila dipercayai mengalami masalah brek ketika melalui selekoh di laluan tersebut hingga berlaku kemalangan berkenaan pada pukul 10 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk dan anggota bomba berjaya mengeluarkan pemandu itu pada pukul 10.45 pagi namun kelindannya hanya dapat dikeluarkan selepas treler tersebut diangkat menggunakan jentera berat kira-kira sejam kemudian.

“Kelindan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya sambil menambah tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera dikerah ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata identiti kedua-dua mangsa yang berumur lingkungan 40-an belum dapat dikenal pasti dan mereka telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd