• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TKC Terima Bas Sumbangan Perdana Menteri Dan Isteri

oleh
03/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kolej Tunku Kurshiah (TKC) hari ini menerima sebuah bas sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan menjadi pengangkutan rasmi untuk pelajar mereka.

Kunci bas itu diserahkan kepada Pengetua TKC, Anismah M Noh daripada Presiden Persatuan Murid-Murid Tua TKC, Tan Sri Rafiah Salim dan disaksikan Rosmah yang juga alumni TKC.

“Dengan pembelian bas ini, pelajar akan dapat bergerak dengan lebih selesa dan selamat,” kata Rosmah semasa berucap di Program Kembali ke Sekolah Rai Kecemerlangan dan Keunggulan TKC, di sini hari ini.

Selain itu, Rosmah juga mengharapkan sokongan berterusan daripada kerajaan, pentadbiran sekolah, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan standard yang dilakar TKC sebagai Sekolah Berasrama Penuh Terbaik dapat dikekalkan.

“Ini (sokongan) penting kerana ianya menentukan hala tuju TKC sebagai sebuah institusi pendidikan yang berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti,” katanya.

Selepas majlis penyerahan, Rosmah mengambil kesempatan mengelilingi kawasan sekolah tersebut dengan menaiki bas itu. – BERNAMA

Tags: basKolej Tunku Kurshiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd