• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelajar Di Kerian Terlibat Kumpulan Gengster

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Tiada pelajar sekolah di daerah Kerian dilaporkan terlibat dengan mana-mana kumpulan gengster, namun pemantauan ke atas mereka akan tetap dilakukan bagi mengelak perkara tidak diingini, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya telah melantik pegawai perhubungan sekolah dalam kalangan anggota polis berpangkat ASP, Inspektor dan koperal untuk memantau sekolah di daerah berkenaan.

“Kalau ada sekolah bermasalah, anggota yang bertugas akan berbincang bagi menangani sebarang kes membabitkan pelajar termasuk memberikan khidmat nasihat dan ceramah mengenai pencegahan jenayah.

“Ini merupakan kerjasama dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) polis dengan Kementerian Pendidikan untuk membendung jenayah membabitkan pelajar sekolah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian yang baharu daripada pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah ASP Zakiah Saad kepada DSP Sanusi Salleh.

Omar Bakhtiar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim semalam yang berkata polis telah mengenal pasti ketua kumpulan gengster di seluruh negara dengan tangkapan ke atas mereka akan dilakukan dalam operasi khas tidak lama lagi.

Sementara itu, Sanusi, 57, berkata beliau akan meningkatkan usaha untuk menurunkan indeks jenayah di Kerian sambil mengakui pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah satu tugas yang mencabar.

Sanusi sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Sungai Siput dan mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1981. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelappelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd