• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Yuran Ijazah Pertama – Idris Jusoh

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

“Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini..Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka(pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.

“Tidak ada perkara sebegitu seperti pelajar perlu membayar lebih daripada itu walaupun di UM (Universiti Malaya), ” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Pelaksanaan Autonomi Universiti Awam 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini.

Bagaimanapun, Idris berkata terdapat kursus lain yang bersifat swasta ditawarkan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), namun kebiasaannya pelajar hanya perlu membayar RM3,000 sahaja.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor di UA akan melalui beberapa peringkat sebelum lantikan dapat dibuat.

Ia termasuk proses pemilihan peringkat awal oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang akan menilai setiap calon berdasarkan kemahiran dan potensi mereka sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan.

“Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) biasanya akan membawa dua atau tiga nama mereka yang layak dan berpotensi kepada menteri.

“Walaupun akhirnya nampak seperti menteri yang memilih tapi ia hanyalah sebahagian daripada proses dan ia memang telus ,” katanya.

Menurut Idris, proses penilaian turut dibuat oleh badan-badan korporat dan profesional bagi memastikan hanya calon yang layak dilantik ke jawatan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd