• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Star Tak Berniat Label Umat Islam Pengganas – MCA

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta menghormati keputusan lembaga pengarah The Star yang menggantung tugas dua editor kanannya berhubung terbitan muka hadapannya pada keluaran 27 Mei lalu yang menimbulkan kontroversi.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata apa yang menjadi keutamaan ialah The Star sama sekali tidak berniat untuk ‘melabel’ masyarakat Islam di negara ini sebagai pengganas.

Malah katanya, beliau juga percaya pengurusan akhbar The Star akan mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya berhubung perkara itu.

“Ia adalah persepsi pembaca yang adakalanya tidak membaca kandungan sebaliknya hanya melihat tajuk dan gambar muka depan sahaja.

“Jadi pada saya, kita perlu lebih sensitif dan ini bukan hanya kepada penerbitan The Star tetapi kepada semua akhbar yang ada ada di Malaysia,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Semalam, pengurusan akhbar The Star bertindak menggantung tugas editor kanannya iaitu ketua pengarang kumpulannya, Datuk Leanne Goh dan Pengarang Eksekutif, Dorairaj Nadason.

Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung penerbitan muka hadapan akhbar itu siaran 27 Mei lalu.

Muka hadapan akhbar berkenaan menyiarkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih  bersama satu artikel mengenai pengganas bertajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’.

Ia mencetuskan kemarahan oang ramai yang kemudiannya meminta agar pihak berkenaan mengambil tindakan ke atas penerbit akhbar terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akhbar The Star
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

The Star Perjelas Wawancara Mujahid Mengenai Serbuan Khalwat

10/10/2018
0

PADA 6 Oktober, The Star menyiarkan berita pada halaman empat akhbar berkenaan dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No...

Akhbar The Star Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd