• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘The Professor’ Portugal Tiba Latih Harimau Malaya

oleh
24/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Nelo Vingada dilapor sudah tiba di ibu negara pada Selasa bagi memulakan tugas membimbing skuad Harimau Malaya.

Berita ketibaan Vingada yang terkenal dengan jolokan ‘The Professor‘ dimaklumkan menerusi entri terkini laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) – Football Association of Malaysia (Official) hari ini.

Ia turut berserta gambar pertemuan jurulatih dari Portugal berusia 64 tahun itu dengan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Vingada yang begitu komited dengan tugasan baharunya ini akan memulakan tugas jurulatih Harimau Malaya dengan segera,” menurut kenyataan FAM dalam entri berkenaan.

Tugas pertama Vingada ialah mempersiapkan skuad kebangsaan untuk menghadapi Lubnan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 13 Jun ini.

Ia selepas keputusan pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersetuju menunda perlawanan pertama Kumpulan B dengan Korea Utara kepada 5 Oktober depan.

Turut diundi dalam Kumpulan B ialah Hong Kong. Vingada memulakan kerjaya sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz yang melatih pasukan Bawah 20 Tahun Portugal.

Ini menyaksikan pasukan muda negara Eropah itu menempa pelbagai kejayaan termasuk dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada 1989 dan 1991.

Selepas mengambil alih tugas Queiroz, Vingada berjaya membawa pasukan tersebut hingga peringkat separuh akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun 1995 dan Olimpik 1996.

Vingada yang mempunyai pengalaman melatih selama 35 tahun turut pernah membuat impak di Asia. Tugas terakhirnya sebelum ini ialah melatih NorthEast United FC (India).

Terdahulu beliau pernah melatih pasukan remaja Arab Saudi (1996-97), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09) dan skuad Olimpik Iran (2014).

Beliau turut melatih dan membawa kejayaan kepada pasukan kelab seperti FC Zamalek (Mesir), FC Seoul (Korea), Persepolis FC (Iran) dan Dalian Shide FC (China). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMHarimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd