• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Temasya Sukan Sungai 2017 Penuh Kemeriahan

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kawasan Tanjung Chali di sini yang kebiasaannya sunyi, hari ini gamat dengan pekikan suara dan paluan gendang apabila Temasya Sukan Sungai 2017 berlangsung pagi tadi dengan penuh meriah.

Ribuan pengunjung membanjiri pesisir Sungai Kedah seawal 7.30 pagi bagi menyaksikan acara yang dinantikan saban tahun itu bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Sebelum acara berlangsung, hampir 30 pasukan yang mengambil bahagian melakukan lintas hormat melalui pentas diraja, sebelum gimik perasmian disempurnakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Turut hadir Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan pengelola Temasya Sukan Sungai 2017 Datuk Aminuddin Omar.

Aminuddin berkata, temasya kali ini yang melibatkan perlumbaan perahu panjang dan perahu naga itu mempertandingkan lapan kategori final antaranya kategori jemputan antarabangsa, daerah, sektor korporat, jabatan kerajaan/badan berkanun dan badan beruniform.

Antara pasukan yang terlibat Syarikat Air Darulaman Berhad (SADA), Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Istana Anak Bukit dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Pasukan ATM membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala pusingan setelah muncul juara bagi kategori juara antara juara dengan catatan masa 4 minit 29 saat, manakala kategori antara negara (perahu panjang) pula dijuarai Vietnam dengan catatan masa 4 minit 21 saat dan membawa hadiah wang tunai RM10,000.

Selain itu, antara negara luar yang turut serta dalam pertandingan hari ini ialah Indonesia, Hong Kong, Brunei dan Singapura. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd