• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawaran Jualan Minyak Masak Terus Dari Kilang

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyediakan sejumlah 140 tan metrik minyak masak bersubsidi dari kilang untuk dijual terus kepada pengguna di seluruh negeri ini untuk kegunaan Ramadan.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata langkah tersebut bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan minyak masak bersubsidi pada harga lebih murah iaitu RM2.50 bagi satu kilogram dengan pembelian tanpa had.

“Ini merupakan salah satu program kerjasama KPDNKK dan pembungkus tempatan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang sekaligus menepis dakwaan berlaku kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negeri ini terutama menjelang bulan puasa,” katanya kepada pemberita pada Program Jualan Minyak Masak Terus Dari Kilang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki .

Ab Ghani berkata program tersebut akan diadakan selama lima hari bermula hari ini hingga Khamis (19 Mei) dengan purata jualan minyak lima hingga 10 tan metrik di setiap jajahan.

“Orang ramai boleh mendapatkan bekalan minyak masak dengan harga lebih murah ini di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata KPDNKK Kelantan akan melaksanakan fasa kedua program sama dalam minggu pertama Ramadan bagi keperluan menyambut Aidilfitri pula.

“Langkah ini juga bagi mengekang ketirisan bekalan minyak masak yang diseludup ke negara jiran,” katanya.

Sementara itu katanya orang ramai tidak perlu bimbang terhadap bekalan minyak masak untuk bulan Ramadan dan Aidilfitri kerana bekalan mencukupi dengan kerjasama 18 pembungkus dan pemborong. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd