• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanggungjawab Semua, Kebersihan Tandas Awam

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam termasuk di masjid dan surau di negeri ini bukan hanya terletak di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua pihak terutama masyarakat setempat, kata Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar itu berkata tandas awam adalah kegunaan awam dan mereka tidak boleh merosakkan atau mengotorkannya kerana apabila tandas di masjid dan surau tidak dijaga dengan sempurna, ia memberi gambaran yang tidak baik terhadap tempat beribadah berkenaan.

“Saya ingin menekankan bahawa ia merupakan dasar kerajaan negeri yang memberi perhatian serius terhadap kebersihan tandas awam dan saya tidak mahu mendengar sebarang alasan sekiranya tandas awam didapati kotor.

“Sebagai contoh, beberapa buah negara luar sentiasa memastikan tandas awam perlu dijaga dengan baik kerana mereka sedar mengenai kepentingan menjaga kebersihan tandas awam adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hamman 2017 peringkat negeri Perak bertemakan ‘Merevolusikan Pemikiran Tentang Kebersihan Tandas’ anjuran Institut Darul Ridzuan dan Jabatan Agama Islam Perak di sini hari ini.

Zambry berkata beliau sering kali turun padang dan mengadakan pemeriksaan mengejut bagi memastikan tahap kebersihan tandas awam di negeri ini sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan memuaskan.

“Sekiranya didapati (tandas) kotor, saya mahu pihak yang terlibat menguruskan tandas awam di daerah berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, Zambry menyeru orang ramai melaporkan kepada beliau, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan atau mana-mana PBT yang berhampiran sekiranya mendapati kebersihan tandas awam tidak mencapai tahap memuaskan.

Beliau turut berharap masyarakat di negeri ini menjaga kebersihan tandas awam bukan hanya pada waktu tertentu kerana ia merupakan sebahagian daripada gaya hidup. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd