Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 404 orang daripada...

Data Keperluan Pembangunan 22,000...

SEPANG - Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan mengeluarkan data lengkap yang...

Sultan Selangor Berkenan Naik...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasai sendiri...

Adik Perempuan Ditikam Kerana...

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila sanggup nekad menikam saudara kandungnya hanya...

Tangan Jahat Antikeamanan Sepanjang Zaman

PERANG China-Jepun yang bermula pada 1927 sehingga 1945 berjaya mengorbankan nyawa sebanyak 27 juta orang.

Manakala Perang Dunia Kedua yang bermula pada 1939 sehingga 1945 memperlihatkan 85 Juta nyawa terkorban.

Persoalannya berapa banyak lagi nyawa yang perlu menderita atas nama peperangan?

Dunia ini sepatutnya tempat persinggahan buat kita menikmati dan menghargai ciptaan yang Maha Esa.

Berapa banyak pula yang dibelanjakan untuk mewujudkan huru hara yang maha agung ini?

Tangan Jahat Antikeamanan Sepanjang Zaman

Perang di Iraq, Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan sebanyak AS$801.8 bilion dan perang di Afghanistan AS$785.6 bilion.

Namun itu semua kisah lama yang sudah terbuku catatan sejarah, apa pula kisah hari ini?

Ayuh kita singkap beberapa tangan-tangan jahat anti keamanan yang seharusnya kita jauhi.

Tangan Jahat Antikeamanan Sepanjang Zaman

GERAKAN MILITAN

Daesh telah melancarkan 90 serangan di 21 buah negara yang membunuh hampir 3000 nyawa. Dalam tahun 2015 Daesh mempunyai 3,500 hamba tahanan. Membawa nama Islam konon sebagai teras perjuangan.

Namun kerosakan yang dilakukan seperti tidak beragama. Siapa tidak kenal dengan gerakan gerakan seperti Abu Sayaf, yang mana kesemua istilah ini mekar bagi pejuang antikeamanan yang kononya berjihad menentang kemaksiatan dan ingin menubuhkan kerajaan Islam.

Sehingga 2015, sejumlah AS$2 bilion telah digunakan oleh Daesh untuk membiayai agenda anti keamanan mereka.

Tangan Jahat Antikeamanan Sepanjang Zaman

GERAKAN PERJUANGAN “DEMOKRASI SEBENAR”

Sejak tahun 1993 hingga 2014, sejumlah AS$3.1 bilion dibelanjakan oleh Open Society Foundation (OSF) konon untuk membiayai perjuangan demokrasi.


OSF milik George Soros ini antara yang paling gembira untuk menghulurkan bantuan kepada pejuang “demokrasi sebenar” yang akhirnya akan menumbang pemerintahan asal sesebuah negara.

OSF ini bergerak melalui pertubuhan seperti NED, NDI dan banyak lagi dengan memberi dana dan latihan untuk mengenal “demokrasi sebenar” dan teknik membuat rusuhan.

Revolusi Cedar, menggoncang semangat orang Arab menentang pemimpin diktator sehingga wujud fenomena Arab Spring. Revolusi Oren, Ukraine terpisah antara Timur dan Barat, kerana pemimpin bertelagah atas asbab beza fahaman.

Perjuangan ini tak terhenti setakat itu, masih banyak negara-negara dunia ketiga yang menanti saat kehancuran andai perjuangan demokrasi sebenar ala Soros menjadi agenda utama untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Berapa banyak negara yang sebelum ini aman, namun kini hancur binasa kerana tangan rakyatnya sendiri.

Lihat saja Libya, Tunisia dan beberapa negara arab lain yang sudah hancur dan sekarang ini negara Amerika Latin seperti Venezuela yang rakyatnya mulai diheret kejalanan untuk menentang kerajaan.

Tangan Jahat Antikeamanan Sepanjang Zaman

GERAKAN FAHAMAN AGAMA YANG MENGELIRUKAN

“Tujuh Puluh Tiga Pintu, Tujuh Puluh Tiga Jalan, Yang Sampai Hanya Satu Jalan” – M. Nasir, Tanya Sama Itu Hud Hud.

Pecahan fahaman agama juga menjadi satu asbab kenapa dalam agama sendiri pun boleh berlakunya masalah keamanan untuk beragama.

Kita singkap bagaimana fahaman ektstrim Syiah yang menghalalkan darah puak Sunni untuk dibunuh. Keadaan ini mewujudkan satu keadaan yang membimbangkan.

Gambar mudah boleh diambil bagaimana perang saudara di Syria antara puak Syiah dan Sunni. Sejak perang 2011 di Syria, 100 ribu orang terbunuh dan 10 ribu daripada jumlah itu adalah kanak kanak.

Hari ini Syria terus berdarah, menanti masa untuk terus hancur kerana perbezaan fahaman agama. Adakah kita ingin terus hidup dengan telunjuk tangan jahat yang anti keamanan? – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

Kategori