• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Payah Panggil Datuk, Panggil Aje Nassier”

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Penyanyi popular era 1980-an iaitu Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap ‘low profile’ dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

“Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini. 

“Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.  

“Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Tambah penyanyi lagu ‘Memori Cinta Luka’ ini lagi, anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi pernah diterimanya selama 30 tahun sejak berkecimpung dalam lapangan seni.

“Selain pengiktirafan ini, September tahun lalu saya pernah menerima anugerah Tokoh Seni Ma’al Hijrah dari Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang),” katanya.

Nassier merupakan antara 158 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin. – mStar Online

Tags: Nassier Wahabpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mengaku Ambil Syabu, Mamat Didenda RM1,000

Next Post

Penyokong Kelantan Tolak Hujah “Win-Win Situation”

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Next Post

Penyokong Kelantan Tolak Hujah "Win-Win Situation"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd