• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Larikan Kereta Polis Ditahan Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang suspek kes pecah amanah yang melarikan sebuah kenderaan polis di USJ Taipan, Subang Jaya dekat sini pada 19 Mei lepas ditahan di Jalan Pekeliling, Kota Bharu, Kelantan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata suspek lelaki berumur 32 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada kira-kira 3.30 pagi.

“Suspek ditahan bersabit kes penipuan pinjaman tidak wujud yang melibatkan lima kes di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 19 Mei lepas, suspek yang ditahan di Kota Bharu itu telah melarikan diri dengan memandu kereta jenis Proton Preve berwarna kelabu kira-kira 9 malam sebelum meninggalkan kenderaan itu di sebuah kawasan berdekatan Persiaran Kewajipan di USJ 5, Subang Jaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat dalam sidang media berkata ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dari Kelantan, suspek mengadu tidak sihat dan mendakwa mempunyai penyakit gastrik serta mengalami muntah-muntah.

Katanya anggota polis yang memandu kenderaan itu kemudian memberhentikan kereta di sebuah kedai serbaneka dan farmasi di sekitar USJ Taipan untuk membeli makanan serta ubat untuk suspek.

“Semasa seorang anggota kita pergi ke farmasi, seorang lagi ke but kereta untuk mengambil tisu dan kain bagi mencuci muntah suspek di dalam kereta. Ketika itulah suspek yang tangannya bergari di depan telah melompat ke bahagian pemandu sebelum melarikan kereta polis itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kereta Polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tiga Anggota Ditahan Edar Dadah Guna Kereta Polis’

‘Tiga Anggota Ditahan Edar Dadah Guna Kereta Polis’

03/11/2023
0

ALOR SETAR: Tiga anggota yang bertugas di Balai Polis Merbok dekat Sungai Petani di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

5 Penyokong Parti Politik Tak Mengaku Salah Periksa Kereta Polis

18/07/2019
0

SEREMBAN - Lima individu dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan menghalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd