• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Buruan Polis Parah Ditembak Di Kajang

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu, dua suspek yang menaiki motosikal, dikejar tiga anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal di lebuh raya berhampiran Taman Connaught.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 39 tahun itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

“Polis mengejar mereka sehingga ke sebuah pasar raya di Batu 9 sebelum suspek yang membonceng motosikal mengeluarkan objek menyerupai pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Sejurus selepas itu, tembakan suspek tersasar dan salah seorang polis kemudiannya membalas tembakan suspek menyebabkan suspek terus memecut motosikal ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis terus mengejar suspek sehingga ke Jalan Cheras Baru sebelum motosikal mereka terbabas dan kedua-duanya ditahan di lokasi itu.

Othman berkata hasil pemeriksaan mendapati suspek yang membonceng motosikal cedera pada tangan dan perut akibat terkena tembakan.

Menurutnya, polis juga menemui objek berbentuk pistol dipercayai pistol buatan sendiri serta empat butir peluru dan semakan polis mendapati masing-masing mempunyai 11 dan 15 rekod jenayah lampau kes samun berkawan dan penyalahgunaan dadah.

Othman berkata suspek yang cedera parah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan kedua-duanya direman tujuh hari bagi siasatan lanjut, dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

Tags: tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd