Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bakal Haji Kemboja Terkandas...

BESAR sungguh dugaan bakal haji dari kemboja ini apabila mereka terkandas di Lapangan...

Pertahan Shila Amzah Sampai...

WALAUPUN,sudah seminggu berlalu, namun kontroversi yang melibatkan Shila Amzah masih belum reda. Tidak...

1MDB: Mahkamah Benar PM...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri...

Kes Saman Apandi –...

KUALA LUMPUR : Kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali...

Sultan Selangor Rasmi Masjid Perodua Di Rawang

RAWANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Perodua di Sungai Choh di sini.

Baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 orang jemaah.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Baginda bertitah Perodua telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab sosial korporat dengan membina masjid untuk kegunaan kakitangan dan masyarakat sekitar.

“Beta merasa sukacita kerana Perodua mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab korporatnya. Aktiviti seperti ini sangat penting kerana ini menunjukkan entiti korporat seperti Perodua bukan sekadar mengejar keuntungan tetapi menyumbang kembali kepada rakyat,” titah baginda sebelum melakukan acara perasmian masjid berkenaan.

Baginda bertitah di Selangor, semua masjid dan surau perlu didaftar dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) walaupun ia dibina oleh pihak individu bagi mengelak penyalahgunaan masjid, peyelewengan dana serta membanteras ajaran sesat.

“Beta menyeru kepada pihak swasta ataupun individu yang berkemampuan mengikuti inisiatif dilakukan syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) ini dengan membina masjid atau sekolah ataupun mewakafkan sebahagian daripada harta mereka menerusi Perbadanan Wakaf Negeri Selangor untuk tujuan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Islam,” titah baginda.


Sementara itu, Asmat dalam ucapannya berkata Masjid Perodua dibina di tanah seluas 3.5 hektar dan mampu menampung sehingga 3,000 jemaah dalam satu masa.

Katanya Perodua membelanjakan RM39 juta untuk membina masjid itu termasuk pembinaan Pusat Perkembangan Kanak-kanak Perodua (PCDC) dan jalan raya.

“Perodua mewakafkan masjid ini kepada Perbadanan Wakaf Selangor yang diterima Sultan Selangor,” katanya.

Asmat berkata Masjid Perodua telah dibina pada 4 Ogos 2014 dan siap sepenuhnya 1 Julai 2016.

Selain itu, katanya Perodua telah membelanjakan RM20 juta untuk membina jalan raya bagi menghubungkan Ibu Pejabat Perodua di Rawang dan Masjid Perodua untuk kemudahan pekerja syarikat itu serta masyarakat setempat. – BERNAMA

Kategori