• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Puji Kor Kesihatan Diraja Cemerlang

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memuji Kor Kesihatan Diraja (KKD) atas kecemerlangannya mengharumkan nama negara dengan mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk di peringkat antarabangsa.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Kolonel Yang DiPertua KKD bertitah kejayaan yang dicapai adalah himpunan usaha yang dilaksanakan secara berterusan, konsisten, sistematik dan berhaluan.

Pada 2016, KKD mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya Anugerah Inovasi Negara: Portable Dental Treatment Unit selain pengiktirafan lima bintang dalam Sistem Star Rating Perkhidmatan Awam serta Pusat Tanggungjawab Kewangan Markas Angkatan Tertera Malaysia terbaik.

Sistem penapisan air yang dihasilkan oleh KKD turut mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan telah diperkenalkan di Afghanistan, Kemboja dan beberapa negara Benua Afrika, titah baginda.

“Prestasi kejayaan dan kecemerlangan 50 tahun pertama usia KKD hendaklah dijadikan sumber inspirasi menyuntik semangat lebih gigih untuk terus maju,” titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Perbarisan sempena ulang tahun ke-50 Jubli Emas KKD di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Istiadat perbarisan yang disertai 15 pegawai dan 317 anggota itu diketuai oleh Lt Kolonel (Dr) Yussra Yusoff.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Pengerusi KKD Lt Jen Datuk (Dr) Abdul Razak Md Yusoff.

Selain itu, Sultan Perak bertitah tentera dan perubatan adalah gandingan dua profesion yang tugasnya diperlukan sepanjang siang dan malam, merentasi sempadan waktu dan keperluan rawatan kesihatan yang tidak mengenal masa.

“Setiap saudara-saudari (anggota KKD) memiliki dua kesungguhan, dua ketabahan, dua kegigihan, dua komitmen apabila memilih dan terpilih untuk menganggotai KKD yang dipertanggungjawabkan untuk menghadapi dua tugasan kembar yang sangat mencabar.

“Saudara-saudari (anggota KKD) yang menganggotai KKD serentak melaksanakan dua tanggungjawab fardu kifayah yang besar. Semoga khidmat murni dan jasa bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan akan dianugerahkan oleh Ilahi ganjaran dunia dan akhirat,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd