• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sita RM3 Juta Lagi Milik Suspek Utama

oleh AK-47
12/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta di rumah seorang daripada dua suspek ditahan Selasa lalu.

Ini kerana dia disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta.

Sumber SPRM memberitahu, pihaknya turut membekukan deposit tetap berjumlah RM1.5 juta, yang dipercayai milik suspek utama yang berkhidmat sebagai pegawai Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis.

“Dengan rampasan itu, ia menjadikan jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini adalah RM6.57 juta. Kita percaya suspek mempunyai banyak lagi wang yang disorokkan dan kita yakin dapat mengesan wang tersebut dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad mengesahkan perkara berkenaan.

Selasa lepas, seorang kontraktor bergelar Datuk berusia 53 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 9.30 malam.

Mereka dipercayai menjadi penjaga aset dan harta kepada suspek utama berkenaan.

Ia susulan penahanan tiga lelaki pada Isnin, termasuk pegawai kanan Imigresen yang bertugas di Padang Besar, Perlis, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun serta seorang kontraktor berusia 48 tahun.

Mereka ditahan di sekitar Perlis dan Alor Setar kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.

Susulan itu, SPRM merampas wang tunai bernilai RM1.9 juta, lima kenderaan mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.

Jumlah mereka yang ditahan berhubung kes berkenaan setakat ini adalah sebanyak lima orang. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd