• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 45 Individu Termasuk 22 Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 45 individu termasuk 22 penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga semalam.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata daripada jumlah itu, seramai 15 individu adalah pekerja swasta manakala selebihnya adalah orang ramai dari pelbagai pekerjaan lain.

“Jumlah tangkapan pada tahun ini meningkat lebih 100 peratus kerana sejak lima tahun lepas purata tangkapan SPRM di negeri ini tidak lebih 40 orang.

“Saya percaya dengan kerja keras kami serta kerjasama pelbagai pihak mungkin ramai lagi yang ditahan dalam usaha membendung gejala rasuah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 29 aduan diterima dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini membabitkan salah guna dan penyelewengan oleh sekolah dan JPN Pulau Pinang, namun hasil siasatan mendapati ia tidak berasas atau tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata tujuh individu yang ditahan Februari lepas kerana terlibat dalam kes manipulasi pembaharuan Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV), akan didakwa di tiga mahkamah di Pulau Pinang dan Perak esok.

Katanya empat suspek akan didakwa di Mahkamah George Town, dua di Mahkamah Butterworth manakala seorang lagi di Mahkamah Ipoh, Perak.

“Pertuduhan ke atas seorang lagi suspek kes sama terpaksa ditangguhkan kerana dia sedang menjalani rawatan kanser di China,” katanya.

Seramai tujuh doktor, dua orang tengah dan seorang pembantu klinik direman selepas dipercayai terbabit dalam kes memanipulasi pembaharuan PSV di negeri ini sejak 10 tahun lalu dan semua doktor terbabit didakwa menyalahgunakan profesion mereka dengan meluluskan borang permohonan pemeriksaan perubatan tanpa melakukan sebarang pemeriksaan.

Kesemua mereka ditahan menerusi Operasi Cergas, membabitkan serbuan serentak terhadap tujuh klinik sekitar Bukit Mertajam, Batu Ferringhi, Pekan Lama, Gelugor dan Perai. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd