• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Kesan 2 Individu Bantu Siasatan Kes Rasuah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan terhadap dua kes rasuah berasingan.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata bagi kes pertama, pihaknya mengesan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Tan Ewe Guan, 69, berhubung siasatan transaksi pembayaran melibatkan sebuah syarikat swasta dari luar negara.

“Ewe Guan yang juga dikenali sebagai Datuk Tony Tan dikesan mempunyai alamat terakhir di 81, USJ 11/3B, UEP Subang Jaya, 47400, Selangor,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ewe Guan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Ketua Penolong Kanan Penguasa, Zolkifli Kasim di talian 03-8886 7573.

Sementara itu, SPRM Perak juga sedang mengesan seorang wanita warganegara China bernama Wu Jing bagi membantu siasatan kes rasuah.

Menurut kenyataan itu, Wu Jing yang memegang pasport bernombor G 2873092 mempunyai alamat terakhir di No.1/2014, Villa Pandan, Jalan Pandan Indah 1/16, Pandan Indah Ampang dekat sini.

“Wanita terbabit kali terakhir dikesan memasuki negara ini pada Februari 2015 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat T. Yogeswari di talian 05-5267000 atau 016-6634459. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd