• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Rampas Puluhan Basikal ‘Parkir’ Haram

oleh
26/05/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Lazimnya pihak berkuasa tempatan menyita kereta atas kesalahan parkir di tempat larangan, namun kini lain halnya di Singapura apabila basikal juga dikenakan tindakan sama!

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dilaporkan media tempatan terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap puluhan basikal yang sengaja diletakkan secara haram sehingga mengganggu aliran pergerakan pejalan kaki.

Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, hampir 50 buah basikal berjaya dirampas sepanjang operasi khas minggu ini yang julung kali dilakukan pihak LTA di seluruh pulau republik berkenaan.

Jurucakap LTA ketika dihubungi bagaimanapun berkata, yuran pentadbiran akan dikenakan bagi pemilik yang ingin mendapatkan semula basikal tersebut sebagaimana kesalahan serupa dibuat oleh pemandu kereta persendirian.

Gambar-gambar disiarkan menerusi laman Facebook rasmi LTA menunjukkan basikal-basikal yang diletakkan secara haram di beberapa lokasi termasuk perhentian bas dan laluan pejalan kaki di kawasan perumahan.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan setelah zon-zon parkir basikal baharu disediakan, antaranya di 11 buah stesen kereta api tempatan pada Mac lalu, yang menyediakan lebih daripada 900 ruang bagi pengguna basikal.

Tahun lalu, LTA menubuhkan sebuah pasukan penguat kuasa yang disertai Polis Trafik Singapura bagi operasi secara bersama membanteras gejala ‘mat rempit’ basikal di negara maju berkenaan yang semakin berleluasa.

Ini termasuk tindakan tegas terhadap penunggang basikal elektrik yang sengaja memandu melebihi had kelajuan ditetapkan pihak berkuasa iaitu 20 kilometer sejam di kawasan tumpuan awam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: basikalSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd