• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Politik MB Kedah Nafi Letak Jawatan

oleh
20/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menafikan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (MB) Kedah seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menyatakan bahawa dakwaan itu adalah tidak berasas, beliau berkata ia hanya direka oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan suasana politik di Kedah yang kini dipimpin dengan begitu baik oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Tidak benar dakwaan tersebut. Ianya hanya dibuat untuk mengeruhkan keadaan dan menganggu fokus BN (Barisan Nasional) Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata tuduhan liar melalui media sosial ketika ini sudah menjadi perkara biasa dan harus ditelan oleh mereka yang bergelar ahli politiik.

“Hubungan saya dengan MB amat baik dan dia umpama abah saya. Beliau juga tidak lari dari viral seperti ini dan perkara ini sudah menjadi asam garam dalam berpolitik,” katanya.

Shaiful Hazizy dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Sulit (KSS) Menteri Besar, Datuk Arminshah Siraj pada Khamis lalu.

Antara faktor beliau meletak jawatan ialah kononnya Shaiful tidak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan kerana dibayangi KSS. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahSetiausaha Politik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Bicara Kes Rasuah Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin 25 Ogos

Bicara Kes Rasuah Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin 25 Ogos

08/08/2025
0

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd