• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sertai UMNO Bukti Pembangkang Tidak Galas Tanggungjawab

oleh AK-47
06/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Tindakan anggota pembangkang di daerah ini keluar parti dan menyertai UMNO membuktikan parti pembangkang tidak diyakini bekas anggotanya dalam menggalas tanggungjawab mewakili rakyat dengan baik.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran berkata kemasukan anggota pembangkang ke dalam UMNO akan memperkuatkan lagi jentera parti di daerah berkenaan.

“Perkembangan baru mengenai kemasukan mereka (anggota pembangkang) yang begitu ramai ini satu petanda baik dan kita akan bersama bekerja keras untuk memastikan kawasan Semporna sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, kita akan pertahankan dan menang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jalinan Bersama Rakyat di Kampung Senallang Lama di sini, hari ini.

Pada program dihadiri kira-kira 600 anggota pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Warisan Sabah itu, turut diadakan penyerahan borang keahlian kepada UMNO, masing-masing diwakili bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Semporna, Tampakan Imam Pihakan dan bekas Ketua Cawangan Kampung Perigi Parti Warisan Sabah, Mohd Ismail Mohd Ariffin.

Dalam pada itu, berdasarkan pertemuan bersama penduduk menerusi jelajah UMNO di Semporna, Nasir berkata rakyat masih menyatakan kesetiaan dan menyedari bahawa tiada parti selain UMNO yang dapat membela nasib rakyat.

“Cuma apa kita dengar di luar sana cerita-cerita yang sengaja dilakukan pihak tertentu menyatakan seolah-olah UMNO Semporna sudah tiada kekuatan adalah tidak benar. Kalau kita sendiri melihat dan tanya kepada rakyat mereka masih menzahirkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata UMNO akan berusaha menjaga kebajikan semua anggotanya tanpa meminggirkan sesiapa pun di dalam parti termasuk cuba mendekati golongan yang mungkin terasa hati dengan pemimpin sebelum ini.

“…yang berkecil hati hanya sebilangan kecil sahaja, tetapi kita akan cuba dekati mereka dan tanya sebab dan kenapa,” katanya.

Sementara itu, Tampakan berkata kemasukan beliau ke dalam UMNO selepas berjuang bersama PKR lebih dua penggal (10 tahun) didorong kerana perjuangan PKR hari ini tidak lagi menjurus kepada kepentingan rakyat di tambah pula dengan kepincangan pengurusan dalam parti di peringkat pusat, negeri dan daerah.

“Ini menyebabkan kepercayaan kami menurun apabila melihat kepimpinan PKR Sabah sendiri musnah akibat keluarnya pemimpin negeri untuk menubuhkan parti baharu atau masuk parti lain manakala PKR di Semporna pada masa ini ibarat hidup segan mati tak mahu.

“Saya lihat mereka hanya pandai bercakap tentang perpaduan, tetapi merekalah yang mengheret rakyat kepada isu-isu perkauman dan agama…mereka lebih banyak bertelagah daripada memikirkan masalah rakyat sehingga untuk mewujudkan kesatuan pembangkang pun amat sukar, ” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ismail yang turut menyerahkan borang keahlian UMNO bersama-sama 86 anggota di cawangannya, berkata hanya UMNO yang boleh mentadbir daerah ini dengan baik.

Beliau turut mengesahkan anggota di dua cawangan Parti Warisan Sabah telah keluar parti dan menyertai UMNO kerana sedar dan yakin dengan keupayaan UMNO untuk terus memerintah dan menerajui pembangunan daerah ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nasir SakaranpembangkangUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd