• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Perlu Patuhi SOP, Utama Keselamatan Pelajar

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pihak sekolah diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pendidikan dan menjadikan keselamatan pelajar yang menyertai program perkhemahan atau apa jua aktiviti persekolahan sebagai keutamaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr. Amin Senin berkata perkara itu penting bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku semasa aktiviti dijalankan.

“Kami (Kementerian Pendidikan) sentiasa cuba untuk meminimakan dan jika boleh, mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Atas sebab itu, kementerian sentiasa mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi SOP dan menjadikan keselamatan pelajar mereka sebagai keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 bagi Jabatan Pendidikan Sabah di sini hari ini.

Amin diminta mengulas kejadian tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan yang lemas di sebuah resort di Membakut, dekat Beaufort, pada April lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

“Di peringkat kementerian dan Jabatan Pendidikan Sabah, kami akan mengambil tindakan sewajarnya dan tindakan susulan itu adalah berdasarkan kepada laporan yang diperoleh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Amin Senin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Rendah Tidak Lagi Perlu Amalkan GPS

10/02/2018
0

PUTRAJAYA - Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan menetapkan semua sekolah rendah dan Jabatan Pelajaran Negeri tidak lagi mengamalkan Gred Purata...

Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Baharu

17/10/2017
0

PUTRAJAYA - Datuk Dr. Amin Senin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu mulai 19 Oktober, umum Ketua Setiausaha Negara Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd