• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seekor Gajah Jantan Liar Ditangkap Di Kuala Balah

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar seberat kira-kira dua tan di kawasan belukar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah di Kampung Kuala Balah, Jeli semalam.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung tersebut mengenai gajah itu yang dianggarkan berusia 8 hingga 12 tahun, berkeliaran di kawasan kebun getah mereka sejak seminggu lepas.

“Gajah jantan itu dipercayai dari kawasan hutan Gunung Baso, Jeli, kemungkinan tersesat dari kawasan habitatnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Seramai enam anggota Perhilitan daerah Jeli terlibat dalam operasi menangkap gajah tersebut pada 11.40 pagi semalam, dan haiwan itu akan dipindahkan dari kampung berkenaan dalam tempoh terdekat.

Mohd Hasdi berkata sejak awal Januari lepas, pihaknya telah menangkap enam gajah liar selepas didapati memasuki kawasan tanaman penduduk iaitu tiga di Jeli, dua di Gua Musang dan seekor di Kuala Krai. – BERNAMA

Tags: Gajah Liar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

21/03/2023
0

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd