• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran membantu membaik pulih atau membina rumah baharu kepada golongan miskin yang memerlukan kediaman yang selesa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun kerajaan mempunyai program tertentu untuk menyediakan rumah kepada golongan tersebut namun jumlah mereka adalah ramai.

“Melalui sumbangan sektor korporat termasuk GLC ini, ia akan mempercepatkan penyediaan rumah kepada golongan asnaf dan miskin ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati 2017 peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Program Baiti Jannati menyumbang 15 buah rumah kepada 15 keluarga miskin di negeri ini.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata kerjasama antara kerajaan, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) didapati berkesan dalam membantu rakyat dan ia dapat dilihat seperti dalam pembinaan rumah kekal baharu untuk penduduk yang kehilangan rumah ketika banjir besar di Kelantan pada 2014.

Beliau menyambut baik usaha TNB menyumbangkan rumah kepada golongan miskin dalam usaha mewujudkan masyarakat sejahtera.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Md Yusof berkata pihaknya menyumbang 20 buah rumah untuk Kelantan pada tahun ini iaitu 15 rumah telah siap manakala lima rumah lagi dijangka siap pembinaannya menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Beliau berkata rumah yang dibina dengan kos RM50,000 sebuah itu dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan bilik air.

Katanya sejak program tersebut diperkenalkan di Kelantan pada 2008, sebanyak 61 buah rumah telah dibaik pulih atau dibina baharu melibatkan kos RM2.77 juta.

Seorang penerima rumah tersebut, Borhan Md Nor, 37, yang lebih 15 tahun tinggal di rumah sewa, bersyukur dapat mendiami rumah sumbangan TNB itu bersama isteri dan tiga orang anak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd