Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Pelanduk Putih Ditangkap Di...

LANGKAWI - Seekor pelanduk putih yang ditangkap seorang pencari madu lebah kini menjadi...

Ops Warta: 836 Individu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 836 individu ditahan kerana gagal menyelesaikan waran tangkap dan...

Pegawai Polis Ditahan Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan disyaki...

Bola Sepak Keutamaan Guna...

KUALA LUMPUR - Bandaraya Sukan KL tetap memberi keutamaan kepada perlawanan bola sepak...

Sami Anti-Islam Lawat Rakhine

YANGON – Sami Buddha Myanmar yang pernah digelar ‘wajah pengganas Buddha’ kerana kenyataan anti-Islamnya, melawat negeri Rakhine semalam.

Lawatan Wirathu dilihat sebagai satu provokasi yang dilakukan tidak lama selepas operasi kejam tentera terhadap golongan minoriti Rohingya yang beragama Islam.

Wirathu melawat bandar Maungdaw, berhampiran pusat keganasan di utara Myanmar berkenaan, kata pengiringnya, Phoe Thar melalui telefon kepada AFP.

Kehadiran Wirathu di Rakhine kemungkinan menyemarakkan semula ketegangan agama antara penduduk Rakhine yang beragama Buddha dan etnik Rohingya serta penduduk beragama Islam di Myanmar.

Operasi tentera selama sebulan di negeri itu didakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan ratusan penduduk Rohingya terbunuh dan lebih 70,000 lagi menjadi pelarian.

Penyiasat PBB berkata, operasi tentera bagi menghapuskan kegiatan militan menyebabkan berlakunya jenayah rogol dan pembunuhan terhadap Rohingya yang boleh disamakan seperti penghapusan etnik.


Bagaimanapun, kerajaan Myanmar menafikan dakwaan itu.

Lebih sejuta etnik Rohingya di Rakhine dinafikan hak kewarnegaraan dan sering ditindas penduduk Buddha yang menuduh mereka pendatang dari Bangladesh.

Naib Presiden Parti Nasional Arakan (Rakhine), Khine Pyi Soe mengalu-alukan kedatangan Wirathu. – AFP/BH ONLINE

Kategori