• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sami Anti-Islam Lawat Rakhine

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Sami Buddha Myanmar yang pernah digelar ‘wajah pengganas Buddha’ kerana kenyataan anti-Islamnya, melawat negeri Rakhine semalam.

Lawatan Wirathu dilihat sebagai satu provokasi yang dilakukan tidak lama selepas operasi kejam tentera terhadap golongan minoriti Rohingya yang beragama Islam.

Wirathu melawat bandar Maungdaw, berhampiran pusat keganasan di utara Myanmar berkenaan, kata pengiringnya, Phoe Thar melalui telefon kepada AFP.

Kehadiran Wirathu di Rakhine kemungkinan menyemarakkan semula ketegangan agama antara penduduk Rakhine yang beragama Buddha dan etnik Rohingya serta penduduk beragama Islam di Myanmar.

Operasi tentera selama sebulan di negeri itu didakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan ratusan penduduk Rohingya terbunuh dan lebih 70,000 lagi menjadi pelarian.

Penyiasat PBB berkata, operasi tentera bagi menghapuskan kegiatan militan menyebabkan berlakunya jenayah rogol dan pembunuhan terhadap Rohingya yang boleh disamakan seperti penghapusan etnik.

Bagaimanapun, kerajaan Myanmar menafikan dakwaan itu.

Lebih sejuta etnik Rohingya di Rakhine dinafikan hak kewarnegaraan dan sering ditindas penduduk Buddha yang menuduh mereka pendatang dari Bangladesh.

Naib Presiden Parti Nasional Arakan (Rakhine), Khine Pyi Soe mengalu-alukan kedatangan Wirathu. – AFP/BH ONLINE

Tags: RakhineSami Buddha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sami Buddha Mewah Thailand Disabit Kes Rogol

18/10/2018
0

BANGKOK - Sami Buddha Thailand yang terkenal kerana kehidupan mewahnya, disabitkan merogol seorang gadis bawah umur semalam, kata seorang pegawai...

‘Sami LV’ Akhirnya Dapat Hukuman Dipenjara 114 Tahun!

10/08/2018
0

BANGKOK - Seorang bekas sami Buddha Thailand yang cetus kemarahan umum kerana tunjuk gaya hidup mewah kepada umum telah dijatuhkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd