• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Pekerja Di Perancis Bertukar Ganas

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Perarakan sempena sambutan Hari Pekerja bertukar ganas di Perancis dengan calon presiden, Emmanuel Macron, menyelar pencabarnya, Marine Le Pen, menonjolkan perpecahan mendalam enam hari menjelang pusingan kedua pilihan raya.

Enam pegawai polis cedera dalam pertempuran di Paris antara belia bertopeng yang membaling bom api dan polis pencegah rusuhan yang bertindak balas dengan gas pemedih mata, ketika puluhan ribu aktivis kesatuan sekerja mengadakan demonstrasi.

Jurugambar AFP menyaksikan seorang anggota polis pencegah rusuhan dijilat api.

Sambutan Hari Pekerja Di Perancis Bertukar Ganas

Menteri Dalam Negeri, Matthias Fekl mengutuk keganasan dan berkata seorang pegawai mengalami lecur teruk di tangan manakala seorang lagi terbakar di muka.

Memberi reaksi kepada kejadian itu, Le Pen, menulis dalam Twitter: “Ini adalah kekecohan yang saya tidak mahu lihat lagi di jalan raya kita.”

Sementara dalam ucapannya, Macron memberitahu ribuan penyokong beliau akan mempertahankan “demokrasi bebas” jika pengundi memilihnya Ahad ini selepas Le Pen menggesa pengundi menolak “unia kewangan, kesombongan dan menjadikan wang sebagai raja” seperti ditunjukkan lawannya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Hari PekerjaPerancis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penari Cuba Raba Penyanyi Di Atas Pentas Dikecam

Next Post

1 Maut, 6 Cedera Lelaki Putus Cinta Mengamuk

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Next Post

1 Maut, 6 Cedera Lelaki Putus Cinta Mengamuk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd