• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Keluarga Australia Selesai – MAS

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) mencapai penyelesaian dengan sebuah keluarga Australia berhubung kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine hampir tiga tahun lalu dan turut mengorbankan anggota keluarga tersebut.

Pasangan Anthony dan Marite Maslin memfail saman ke atas MAS tahun lalu atas kehilangan tiga orang anak mereka Mo, 12, Evie, 10, dan Otis, 8, serta bapa Marite, Nick Norris dalam tragedi itu.

Saman Keluarga Australia Selesai - MAS
Otis, 8 tahun, Mo, 12 tahun dan Evie, 10 tahun.

“Malaysian Airline System Berhad mengesahkan ia mencapai penyelesaian dengan keluarga Maslin dan oleh itu saman tersebut telah ditarik balik.

“MAS bagaimanapun tidak akan mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai saman itu atau butiran penyelesaiannya bagi menghormati privasi keluarga berkenaan.

“Ingatan dan doa kami kekal dengan keluarga tersebut dan rakan-rakan yang terlibat,” kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

Dilaporkan Maslin merupakan keluarga pertama Australia yang mencapai penyelesaian dengan MAS.

Penerbangan MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk timur Ukraine pada 17 Julai 2014 mengakibatkan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia serta 38 rakyat atau penduduk Australia terkorban. – BERNAMA

Tags: kes samanMASMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd