• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ranau Pusat Kecemerlangan Misi SAR Di Tanah Tinggi

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengisytiharkan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau sebagai pusat kecemerlangan bagi latihan anggota untuk misi mencari dan menyelamat di kawasan tanah tinggi.

Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata pengisytiharan itu susulan penubuhan pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 5 Jun 2015 lalu dan mengorbankan 18 orang yang berada di Gunung Kinabalu ketika kejadian.

“Kita telah melengkapkan bukan sahaja dari segi peralatan, tetapi sumber manusia yang berkemahiran menampung keperluan sebagai tenaga pengajar kepada MoSAR.

“Sekarang ini, di negeri-negeri lain yang kebanyakannya mengadakan aktiviti luar yang mencabar dan juga melibatkan pendakian di gunung dan bukit semakin popular dan ada juga kes melibatkan operasi penyelamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia peringkat negeri, yang dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Noor, di sini hari ini.

Menurut Nordin, balai tersebut menjadi rujukan JBPM di seluruh negara bagi mendapat bantuan dari segi latihan yang akan digubal khusus berdasarkan keperluan setiap negeri.

“Silibus MoSAR tidak seragam (di semua kawasan) dan berbentuk ‘tailor-made’ mengikut situasi dan bergantung kepada persekitaran gunung serta bahaya dan risiko setempat,” jelasnya.

Mengenai MoSAR, Nordin berkata pasukan itu ditubuhkan dengan 40 malim gunung yang dilantik sebagai anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB) setelah dilatih untuk bertindak sebagai penyelamat awal dalam situasi kecemasan di Gunung Kinabalu.

“Sebulan selepas tragedi gempa bumi, JBPM Sabah membuat pengambilan anggota pasukan MoSAR dan ia beroperasi sepenuhnya dalam September 2015.

“Proses pemilihan untuk pasukan MoSAR agak berbeza dengan PBB yang lain kerana kita membuka peluang kepada malim gunung sahaja dengan mendapat nasihat daripada Taman-Taman Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais berkata anggota PBB MoSAR lebih ideal dilantik daripada kalangan malim gunung yang bukan sahaja mempunyai ketahanan fizikal, tetapi telah menyesuaikan diri dengan iklim pergunungan yang mempunyai paras oksigen yang rendah.

Beliau turut memaklumkan, setelah aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu dimulakan semula lima bulan selepas gempa bumi itu, terdapat 43 kes orang cedera dan dibawa turun dari gunung oleh PBB MoSAR dengan Renjer Taman-Taman Sabah, yang bertindak sebagai penyelaras PBB MoSAR.

“Setakat hari ini untuk tahun ini, ada 24 kes orang cedera yang dibawa turun dari gunung,” katanya.

Pada majlis sambutan itu, Jamili dan Nordin turut menandatangani memorandum persefahaman MoSAR. – BERNAMA

Tags: BombaJBPMNordin Pauzi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd