Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Hina Perdana...

SEPANG - Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas...

Umrah Ditangguh, 1,306 Jemaah...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8...

Adnan Mat Ganti Azih...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Adnan Mat...

3 Anggota Polis Dilepas...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis wanita dan dua anggota polis dilepas tanpa...

Raja Bahrain Diberi Sambutan Negara Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia bermula semalam hingga 3 Mei, diberi sambutan negara di Dewan Bankuet Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menyambut ketibaan Raja Hamad yang mengadakan lawatan negara pertamanya ke Malaysia sejak baginda menaiki takhta pada 6 Mac 1999.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan menteri-menteri Kabinet .

Upacara sambutan dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Raja Hamad kemudian menerima tabik hormat daripada empat pegawai dan 33 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Azlan Shah Baharom.

Raja Hamad tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam tadi dan disambut menterii pengiring, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lawatan tersebut adalah atas undangan Sultan Muhammad V dan yang pertama dilakukan ketua negara itu sejak kedua-dua negara mengadakan hubungan diplomatik pada 1974.


Lawatan itu merupakan sebahagian siri lawatan baginda ke negara di rantau Asia Tenggara dan baginda dijangka ke Brunei Darusalam selepas Malaysia.

Dalam lawatan itu, Raja Hamad dijadual dianugerahkan Beret Merun Kehormat dan Sayap Penerjunan Kehormat dari Briged 10 Para hari ini, sebelum diraikan pada Majlis Santapan Negara di Istana Negara, malam ini.

Raja Hamad dijadual bertemu perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, esok dan kemudiannya menghadiri jamuan malam yang dihoskan Najib.

Raja Hamad dan Najib dijangka menyaksikan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman (MoU) termasuk perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan kerjasama pertahanan. – BERNAMA

Kategori