• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“DIA (pelajar) cabar saya ajak gaduh,” itu yang dikatakan seorang warden dan guru sekolah tahfiz di Shah Alam apabila didakwa memukul pelajar tingkatan satu hingga cedera.

Sebuah portal media, The Malaysia Insight melaporkan, Muhd Muzamil Muzakir Kahamuzaka, 21, yang baru saja tiga minggu bertugas di Darul Tahfiz Ummul Qura terpaksa berbuat demikian kerana pelajar terbabit bertindak agresif.

Menurutnya, insiden tersebut tercetus apabila pelajar berusia 13 tahun itu tidak berpuas hati selepas didenda kerana datang lewat ke surau dan memberitahu pelajar lain yang dia hendak memukulnya.

“Saya rotan dia di lengan. Kemudian dia cuba bertindak agresif dan saya terpaksa menumbuknya atas mata tiga kali, dua kali di pipi dan saya cuba jatuhkannya,” katanya yang dipetik dari The Malaysia Insight.

Pukul Pelajar Tahfiz: Warden Dakwa Dicabar

Muzamil yang juga bekas pelajar tahfiz di situ berkata pelajar itu berkelakuan sebegitu mungkin tertekan kerana dipaksa belajar ke sekolah tahfiz tanpa kerelaan.

“Saya tidak setuju (pelajar) yang jahat dihantar tahfiz. Ibu bapa ingat sekolah tahfiz macam pusat pemulihan akhlak. Ibu bapa fikir bila anak nakal, hantar ke tahfiz. Sepatutnya hantar ke sekolah pemulihan akhlak,” katanya.

Dia turut mendakwa ada menerima aduan daripada ustaz lain berhubung pelajar berkenaan yang mendaftar sejak awal tahun ini mempunyai masalah disiplin dan pernah cuba melarikan diri dari sekolah.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan Muzamil pada Khamis lalu kira-kira jam 2 pagi untuk siasatan.

Pengetua sekolah itu, Abd Rasul Rahman menjelaskan, pihaknya tidak membenarkan guru untuk memukul pelajar dan sebarang tindakan perlu mendapat rujukannya sebelum dilaksanakan.

Rasul berkata pihaknya akan menunggu keputusan siasatan pihak polis terlebih dulu sebelum mengambil tindakan memberhentikan Muzamil.

Baca: Lagi Kes Pelajar Tahfiz Dipukul Ustaz

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, seorang pelajar cedera selepas ditumbuk dan dirotan ustaz kerana dikatakan gagal menjawab pelbagai persoalan peribadi yang dikemukan.

Susulan kejadian itu, polis setakat ini menyoal siasat empat individu termasuk seorang lelaki berusia 27 tahun yang didakwa memukul pelajar tingkatan satu itu.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: dipukulditumbukPelajar Tahfiz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Buruh Cabul Teman Wanita Kena Penjara

Guru Wanita Lebam Mata Ditumbuk Rakan Sekerja Lelaki

21/04/2024
0

CHUKAI: Seorang guru wanita cedera dipercayai akibat dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, hari ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd