• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pendidikan Bencana Perlu Di Setiap Negeri

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia amat memerlukan pusat pendidikan bencana di setiap negeri bagi membudayakan keperluan persediaan bagi menghadapi bencana alam dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh berkata, pihaknya akan bertindak sebagai sebuat pusat yang merangkumi semua bentuk latihan, platform pendidikan, medium dokumentasi dan sumber pembelajaran praktikal.

Memilih Jepun sebagai contoh, beliau berkata negara itu mempunyai sistem pengurusan bencana termaju yang mana hotel juga turut mempunyai maklumat mengenai apa yang harus dilakukan jika berlaku bencana seperti gempa bumi.

“Di Malaysia, kita hanya fokus kepada pengurusan bencana ‘semasa dan selepas’. Bagaimanapun ia juga penting bagi menyedarkan orang ramai mengenai pengurusan prabencana seperti penyediaan bekalan makanan dan kem sementara untuk penempatan ketika banjir kilat, tanah runtuh dan gempa bumi,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita di ‘Bengkel Antarabangsa Ke Arah Pembangunan Platform Serantau bagi Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana di Asia’ di IKIM, di sini hari ini.

Bengkel dua hari yang berakhir esok itu diadakan sempena tiga tahun projek penyelidikan bersama antara Universiti Kyoto, Jepun dan IKIM yang bakal berakhir tahun depan.

Bengkel kelima siri itu bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam usaha pengurangan risiko di empat negara Asia iaitu Jepun, Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Ketika ditanya mengenai agensi manakah yang akan bertanggungjawab bagi pusat itu, Shaikh Mohd Saifuddeen mencadangkan kerjasama berdasarkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam kalangan universiti tempatan, Pusat Sains Negara, Petrosains, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Kita perlu mengubah cara pemikiran kita mengenai bencana alam. Sesetengah rakyat Malaysia cenderung untuk berfikir ‘selagi bencana tersebut tidak mendatangkan kesan kepada saya, ia bukan masalah saya.’ Kita perlu ubah mentaliti individualistik ini dan belajar daripada pengalaman lalu,” katanya.

Shaikh Mohd Saifuddeen turut mencadangkan agar diadakan pendedahan mengenai bencana alam secara berterusan berbanding secara bermusim .

“Pada kebiasaannya, kita hanya terdedah dengan kes bencana alam apabila kita mendengarnya dalam berita. Saya mengesyorkan agar setiap invidividu peka dengan isu ini secara berterusan, jangan anggap ia tidak akan berlaku kepada kita dan negara tercinta ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: IKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

14/03/2024
0

Kuala Lumpur : Biarpun kandungannya banyak memetik ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, ajaran The Ahmadi Religion of Peace...

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan Bumbung Di IKIM

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan Bumbung Di IKIM

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memantau di lokasi kejadian runtuhan bumbung di dewan di Institut Kefahaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd