• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puasa: Amalan Ini Ada Sejarahnya

oleh
19/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM al-Qur’an disebutkan tentang perintah berpuasa: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS 2: 83).

Asal perkataan puasa berasal dari bahasa Arab, Shaum (jamaknya Shiyam) yang bermakna al-Imsak (menahan), sedangkan menurut istilah, puasa itu menahan diri dari makan dan minum serta semua yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Mesti ramai diantara kita yang menjalankan ibadah wajib puasa Ramadhan tanpa tahu asal mula disyariatkannya puasa ini. Untuk memantapkan ibadah ini, kita hendaklah mengetahui sejarahnya. Dan mungkin ada sejarah tentang puasa yang kita tidak tahu?

Amalan puasa sebelum datangnya Islam:

• Umat Yahudi juga berpuasa. Caranya bukan hanya sekedar menahan minum dan lapar dari fajar hingga waktu petang saja. Mereka juga melaksanakan puasa dengan cara berbaring di atas pasir dan debu.

• Dan di masa jahiliyah, penduduk Quraisy juga mentradisikan untuk berpuasa di Bulan Asyura’ dan Rasulullah pun pernah melakukannya.

Bermulanya sejarah puasa ini adalah pada zaman Nabi Adam lagi. Tragedi pokok Khuldi, Nabi Adam bertaubat dan melaksanakan puasa selama 3 hari dalam satu bulan. Ada juga yang menyebut Nabi Adam hanya melakukan puasa khusus pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting.

”Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumat, diturunkan di bumi pada hari Jumaat, dia bertaubat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi pada hari Jumaat dan wafat pun pada hari Jumaat,”
(HR Bukhari).

Nabi Daud juga biasa berpuasa secara berselang, iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa: “Puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Beliau berbuka sehari dan berpuasa sehari,” (Muttaqqun ‘alaih).

Bermulanya puasa Ramadhan yang kita lakukan sehingga sekarang ini adalah dari Hadis Rasulullah SAW: Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Banyak lagi kisah disebalik puasa ni kalau nak diceritakan . Setiap sesuaty yang diperintahkan oleh-Nya pasti akan mendatangkan seribu satu kebaikan kepada kita sebagai umat.

Tags: puasaramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Minyak Sawit: 100 Tahun Mekar Seiring Pembangunan

Next Post

Sultanah Pahang Saksi Koleksi Raya ‘Lewre Gorgeous’

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Sultanah Pahang Saksi Koleksi Raya 'Lewre Gorgeous'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd