Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Mayat Bayi Diculik Dalam...

BAYI lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang...

Attn Penggila Gajet: Samsung...

KUALA LUMPUR – Samsung Galaxy Note4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai Jumaat...

Selepas Agensi Pos, China...

SAN FRANCISCO – Pihak berkuasa pentadbiran atmosfera dan kelautan Amerika Syarikat (NOAA) di...

Negara Islam Perlu Kuat...

KUALA LUMPUR - Negara-negara Islam perlu menjadi kuat dan bebas supaya mereka berupaya...

Proton Saga Menang Anugerah Sedan Kompak

PROTON Saga, yang dikeluarkan oleh Proton Holdings Bhd, dipilih sebagai ‘Sedan Kompak Terbaik” pada majlis “Anugerah Kenderaan Terbaik Tahun Ini”.

Program tahunan tersebut merupakan anjuran bersama oleh laman web permotoran, Drive Safe and Fast, dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.

“Kami amat berbesar hati dan sangat gembira dengan pengiktirafan ini. Saga sebenarnya telah mencapai banyak kemajuan sejak pengenalannya pada 1985 lalu.

“Ini kerana banyak penambahbaikan, peningkatan dan penghalusan telah dibuat bagi mengeluarkan Saga baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata generasi ketiga Proton Saga dilancarkan pada 28 September 28, 2016 dan mengekalkan imejnya sebagai kereta rakyat dengan menjadi kereta sedan paling mampu milik di negara ini.


Antara pengiktirafan yang terima oleh Proton Saga baharu, sejak pelancarannya tahun lepas ialah anugerah ‘The Rising Star’ oleh ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu).

Model itu turut meraih Anugerah Grand Prix Awards 2016 dan ‘Anugerah Kereta Berbaloi bagi Wang Anda’ pada anugerah Malaysia Car of the Year 2016. – BERNAMA

Kategori