• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPZ-MAIWP Seru Umat Islam Segera Bayar Zakat

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meminta umat Islam yang layak membayar zakat agar menyegerakan pelaksanaan Rukun Islam ketiga itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Mohd Rais Alias berkata sikap suka berlengah perlu dielakkan kerana ia akan membuatkan seseorang individu itu terlupa untuk menunaikan kewajipan berzakat sama ada zakat harta atau fitrah.

“Dengan slogan ‘Jom Berzakat’ marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan segera. Elak ‘berhutang’ dengan Allah. Amalan suka berlengah akan membuatkan kita alpa,” katanya pada sidang media pengumuman perkhidmatan PPZ-MAIWP, di sini hari ini.

Bagi menggalakkan pembayaran zakat segera, Mohd Rais berkata pihaknya menawarkan 20 baucer tunai barangan elektrik bernilai RM250 setiap satu kepada pembayar zakat dalam talian yang bertuah.

Katanya, mereka boleh merebut peluang dengan membayar zakat menerusi www.zakat.com.my yang beroperasi 24 jam sehari.

Selain itu Mohd Rais berkata, pembayar zakat menerusi www.cimbclicks.com juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 yang ditawarkan kepada 17 pembayar zakat bertuah.

“Hadiah ini merupakan tajaan CIMB Islamic Bank Bhd bermula 27 Mei hingga 25 Julai ini,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari seawal 8.15 pagi hingga 4.30 petang sepanjang Ramadan termasuk cuti umum iaitu lapan di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, dua (WP Putrajaya) dan satu (WP Labuan).

“Antara khidmat yang kita tawarkan adalah taksiran zakat, khidmat nasihat berkaitan zakat, pengiraan zakat secara manual, semakan pembayaran zakat dan pengiraan zakat emas,” katanya.

Katanya 10,000 pembayar zakat terawal di kaunter berkenaan berpeluang menerima buku bertajuk ‘Ramadan Menyinari Harta dan Jiwa’ tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – BERNAMA

Tags: Zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd