• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Pertahan Usul Putus Tahaluf Siyasi

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS bertegas mempertahankan keputusan muktamad yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak parti itu untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, walaupun ramai penganalisis melihat keputusan itu sebagai tidak betul dan bakal merugikan parti, PAS bagaimanapun tidak perlu berfikir panjang.

Apatah lagi isu tahaluf siyasi atau hubungan kerjasama politik tersebut melibatkan tindakan biadab PKR yang sering melanggar perjuangan parti Islam itu sendiri selama ini.

“Ramai penganalisis melihat tindakan ini sebagai satu langkah yang tidak betul dan merugikan parti, namun PAS adalah parti yang memegang kepada prinsip perjuangan.

“Kalau ada prinsip yang dilanggar, kita tidak fikir panjang untuk bertindak memutuskan hubungan tahaluf siyasi,” katanya dipetik laporan oleh Sinar Harian.

Malah ujar Muhammad Khalil lagi, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS ditetapkan pada minggu lalu itu juga merupakan satu keputusan tepat.

“Majlis Syura Ulamak telah melihat dari semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan  dan yang pastinya, Pemuda PAS mendukung penuh keputusan tersebut,” katanya.

PAS sebelum ini menerusi Majlis Syura Ulamak memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR atas alasan parti itu melanggar beberapa syarat.

PKR bagaimanapun menolak alasan yang diberikan PAS dan menegaskan bahawa pihaknya konon sentiasa cuba menjaga hubungan antara kedua-dua parti.

Susulan daripada tindakan yang dibuat oleh PAS, PKR mula mengarahkan semua ahli yang yang dilantik secara politik dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat partinya di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.

PAS bagaimanapun berdegil dan enggan mengundurkan tiga Exconya yang masih memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PKR. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=1rsVZTFAIss

Tags: Pemuda PASPKRTahaluf Siyasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd