• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Banglo, Terlibat 26 Kes Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis menumpaskan geng banglo yang disyaki terlibat dalam 26 kes pecah rumah di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Kedah berikutan penahanan ketua dan dua anggota kumpulan itu di Taman Pauh Jaya, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata lelaki yang merupakan ketua kumpulan itu berumur 31 tahun dan baru keluar dari penjara tahun lepas manakala dua lagi lelaki yang ditahan berumur 24 tahun. Kesemua mereka positif dadah.

“Tiga lelaki terbabit dikesan di dalam sebuah kereta Honda City di Taman Robina, Teluk Air Tawar. Mereka yang dipercayai baru memecah masuk sebuah banglo di kawasan itu kira-kira 12.30 tengah hari memecut kereta menghala Butterworth setelah menyedari kehadiran polis.

“Polis mengejar mereka yang kemudian masuk ke Lebuhraya Utara Selatan dan keluar semula di susur Permatang Pauh. Ketika dikejar, mereka membuang pelbagai barang ke arah kereta polis dipercayai cuba menghalang kami. Kenderaan itu terbabas dan melanggar pokok ketika sampai di kawasan Taman Pauh Jaya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan mereka, polis menyerbu sebuah rumah inap desa di Juru dekat sini yang disewa tiga lelaki itu sejak Sabtu lepas dan merampas pelbagai barang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah antaranya barang kemas, telefon bimbit, jam tangan, beg berjenama, barangan elektrik, kunci kenderaan dan komputer riba.

Azmi berkata polis turut merampas sebuah kereta Honda Accord di rumah inap desa itu serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memecah rumah antaranya parang, pemotong besi, pisau dan alat pemotong dari kereta Honda City yang dinaiki lelaki terbabit.

Kereta Honda Accord dan Honda City itu dilapor dicuri di Alor Star dan Sungai Petani, Kedah baru-baru ini, katanya sambil memberitahu bahawa polis turut menemui sejumlah nombor pendaftaran palsu.

Beliau berkata tiga lelaki terbabit turut dikehendaki polis berhubung kes pecah rumah di Batu Pahat, Johor baru-baru ini dan disyaki turut terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di Perak dan Selangor. Mereka dikatakan hidup berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri lain.

Sementara itu, di BUKIT MERTAJAM, sepasang kekasih ditahan semasa sedang mencuri sarang burung layang-layang di sebuah rumah burung layang-layang di Taman Perindustrian Permatang Tinggi, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kejadian itu disedari pemilik rumah itu yang pergi ke premis berkenaan kira-kira 5.58 pagi dan mendapati ada kesan pecah di dalam rumah burung layang-layang itu.

Wanita berumur 29 tahun itu ditemui di dalam rumah itu manakala seorang lelaki berumur 46 tahun di atas bumbung premis berkenaan. Kedua-dua mereka positif dadah, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui besi panjang, tangga, sebilah pisau, besi pengikis, pemutar skru dan dua sarang burung layang-layang dalam kereta Mitsubishi Triton milik suspek yang berada tidak jauh dari rumah berkenaan. – BERNAMA

Tags: Geng Pecah Rumahkes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Jalan Bukit Puchong

Next Post

Peniaga Ditahan Kes Bunuh Lelaki Kurang Siuman

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Peniaga Ditahan Kes Bunuh Lelaki Kurang Siuman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd