Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Kenapa Pulak Keputusan Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mengapa kerap ada nada-nada menyindir kerajaan terhadap hukuman yang diputuskan...

Pavilion KL Sesak Gara-Gara...

SUASANA di pusat beli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur menjadi sedikit kecoh dan sesak...

Ally Iskandar Perkenal ‘Mariam...

Seperti diketahui ramai, pengacara dan personaliti TV Ally Iskandar selamat bergelar bapa buat kali...

Thai Kumpul Info Lelaki...

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand sedang mengumpul lebih banyak maklumat tentang seorang rakyat...

Polis Terengganu Komited Capai Sifar Rempit

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan terus menggiatkan usaha menangani gejala rempit dan komited mencapai sasaran ‘sifar rempit’ sehingga akhir tahun ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata sasaran tersebut sebagai tindakan susulan bagi memenuhi hasrat kerajaan negeri untuk mengekang gejala tersebut dalam kalangan pelajar dan belia.

“Satu pencapaian besar untuk mengurangkan kegiatan ini…dahulu kawasan Durian Burung, Kuala Ibai dan sebagainya menjadi sasaran (mat rempit) khususnya pada hari minggu sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata hampir 95 peratus kegiatan rempit di sekitar Kuala Terengganu berjaya dikurangkan berikutan inisiatif kerajaan negeri menganjurkan beberapa aktiviti membabitkan sukan permotoran di litar bertaraf antarabangsa di Gong Badak.


Selain itu, Aidi yang dilantik mengetuai polis di sini pada April lepas mengantikan Datuk Rosli Ab Rahman yang dinaikkan pangkat menyandang jawatan Ketua Polis Pahang berkata, pencegahan gejala rempit adalah antara fokus yang telah dilaksanakan sebelum ini dan beliau akan meneruskannya selain memperkasakan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) bersama agensi lain. – BERNAMA

Kategori