• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Seorang Suspek Kes Samun, Rogol Di Puchong

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Polis menahan seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol di Bandar Kinrara Puchong pada 11 Mei lalu, di Kuala Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata suspek yang berumur 26 tahun itu ditahan di rumahnya manakala seorang lagi suspek masih bebas.

“Suspek ditahan pada 5.30 petang semalam susulan laporan polis yang dibuat pemilik premis pada 13 Mei lepas. Usaha mengesan seorang lagi suspek sedang giat dijalankan.

“Pemilik premis membuat aduan setelah mengenal pasti premis di dalam video itu adalah premis miliknya dan mengaku mangsa, 40, yang dirogol ialah pekerjanya yang telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Menurutnya siasatan awal mendapati suspek yang menganggur juga terlibat dalam kejadian samun di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang selain positif dadah.

Megat Mohd Aminuddin berkata hasil pemeriksaan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di tempat kejadian turut menemui beberapa bukti dipercayai kesan air mani dan cap jari.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan samun.

Pada 13 Mei lepas, satu video kejadian rogol oleh dua lelaki di Puchong, tular di media sosial yang mengundang kemarahan ramai pihak.

Video rakaman litar tertutup yang berdurasi empat minit juga menyaksikan netizen menggesa suspek dikenakan hukuman berat atas jenayah yang dilakukan mereka. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd