• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Empat Lelaki Kes Curi Fork Lift

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan empat lelaki dipercayai pengedar dadah bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian sebuah folk lift di sebuah kilang di Bukit Tengah, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan lelaki pertama berusia 49 tahun di Jalan Padang Lalang, semalam kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum mengesan tiga lagi rakannya empat jam kemudian.

“Tiga lelaki berusia 33 hingga 43 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam dan polis turut merampas beberapa telefon bimbit, sebuah lori, kereta serta pelbagai jenis dadah.

“Antara dadah yang dirampas ialah pil eramin 5, heroin dan ketamin serta pelbagai peralatan untuk membungkus bahan terlarang itu. Tiga lelaki itu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di SPT,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga menemui semula fork lift berkenaan yang disembunyikan di sebuah stor menyimpan lori di Bukit Mertajam.

Nik Ros Azhan berkata kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) kerana memiliki dadah jenis heroin dan syabu dalam serbuan di rumah remaja berusia 19 tahun itu di Bukit Teh, di sini semalam.

Katanya dalam serbuan pukul 2 petang itu, lelaki yang kudung tangan sebelah kanan itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Machang Bubok sejak beberapa bulan lepas. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd