• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Pengasas Sindiket Skim Pelaburan JJPTR

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan pengasas sindiket skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) yang beroperasi di Pulau Pinang dan percaya lelaki berusia 28 tahun itu masih berada di negara ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata sindiket menawarkan skim pelaburan didakwa berasaskan perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) itu dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa.

“Kes melibatkan sindiket itu disiasat sebuah pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Polis Pulau Pinang membantu mereka termasuk mengesan pengasas sindiket berkenaan.

“Dalam serbuan ke atas premis di lapan lokasi sekitar Pulau Pinang pada Jumaat lepas, 13 wanita dan dua lelaki pekerja sindiket serta empat pelabur terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 dan 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan bersama Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Setakat ini, terdapat 2,000 anggota PKK di negeri berkenaan.

Chuah berkata kesemua mereka ditahan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merakam keterangan berhubung sindiket yang menjanjikan pulangan keuntungan 20 peratus sebulan daripada jumlah pelaburan.

Beliau turut meminta orang ramai terutama pelabur yang menjadi mangsa penipuan sindiket skim itu agar tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

“Setakat ini kita menerima dua laporan daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket itu,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tindakan pembekuan beberapa akaun milik JJPTR sedang dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Serbuan pada Jumaat lepas dilakukan bersama pasukan siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security Malaysia, bermula awal pagi hingga petang.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata serbuan melibatkan beberapa buah pejabat serta unit kediaman yang dijadikan pusat operasi sindiket.

Beliau berkata turut dirampas dalam serbuan itu adalah tujuh unit komputer serta komputer riba, mesin pengira wang, ratusan dokumen syarikat JJPTR, televisyen, perakam kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai RM3,300. – BERNAMA

Tags: polisSkim Pelaburan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd