Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

KDN Tidak Keluarkan Peraturan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk...

Najib Ajak Rakyat Sampaikan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak orang ramai...

`Drama Cinta’ Lelaki Sanggup...

"TOLONG jangan tinggalkan aku, aku merayu pada kau!" demikian rintihan dan rayuan seorang...

Lelaki Rugi RM1,320, Cedera...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki bukan sahaja kerugian RM1,320 malah turut cedera di...

Polis Jejak Suspek Larikan Kereta Polis Di USJ Taipan

SHAH ALAM – Polis sedang menjejaki seorang suspek kes pecah amanah yang melarikan sebuah kenderaan polis dalam kejadian di USJ Taipan, Subang Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, suspek yang berusia 32 tahun telah melarikan diri dengan memandu kereta jenis Proton Preve berwarna kelabu sebelum meninggalkan kenderaan itu di sebuah kawasan berdekatan Persiaran Kewajipan di USJ 5, Subang Jaya.

“Suspek dikehendaki polis berhubung satu kes pecah amanah ke atas sebuah syarikat di Puchong selepas majikannya membuat satu laporan polis pada Khamis lepas.

“Semalam, (Jumaat) suspek ditahan di Kota Baharu, Kelantan, selepas polis mendapat maklumat suspek berada di sana. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Subang Jaya untuk disoal siasat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Larian Komuniti Polis Selangor 2017 bersempena Hari Polis ke-210 di sini, hari ini.

Menurut Abdul Samah, ketika dalam perjalanan ke IPPD Subang Jaya dari Kelantan, suspek mengadu tidak sihat dan mendakwa mempunyai penyakit gastrik serta mengalami muntah-muntah.

Katanya anggota polis yang memandu kenderaan itu kemudian memberhentikan kereta di sebuah kedai serbaneka dan farmasi di sekitar USJ Taipan untuk membeli makanan serta ubat untuk suspek.

“Semasa seorang anggota kita pergi ke farmasi, seorang lagi ke but kereta untuk mengambil tisu dan kain bagi mencuci muntah suspek di dalam kereta. Ketika itulah suspek yang tangannya bergari di depan telah melompat ke bahagian pemandu sebelum melarikan kereta polis itu.

“Kenderaan polis itu kemudian ditemui semula kira-kira pukul 10.35 malam selepas ditinggalkan di tepi jalan berdekatan Persiaran Kewajipan, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.


Abu Samah berkata, usaha memburu suspek kini giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi bilik gerakan IPPD Subang Jaya di talian 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada masa sama, katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu juga sedang dijalankan termasuk dari aspek kecuaian anggota polis yang mengiringi suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap anggota polis itu.

“Mungkin ada kecuaian oleh anggota sehingga memberi peluang penjenayah melarikan kereta polis. Kita akan ambil tindakan (terhadap anggota),” katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Tamat Latihan 604 pelatih Kadet Inspektor Siri 2/2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Noor Rashid berkata anggota berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana membiarkan seseorang lari dari tahanan. – BERNAMA

Kategori